Search

KHAUF [COVID19 TERIBUTE] - KEYLANA , ERELL , BOB , ACAI

  • Share this:

Bagi sebahagian orang tempoh PKP/RMO inilah peluang keemasan mendapatkan ilmu sebanyaknya sama ada dengan membaca atau mengikuti majlis ilmu online. Namun, ada juga segelintir orang seolahnya semacam TIADA KERJA. Mereka sama ada mereka-reka sesuatu cerita atau petua yang mampu tular ATAU mereka jenis manusia yang menerima apa sahaja asal nampak baik dan terus sebarkannya tanpa sedikitpun rasa bersalah.

Penjelasan gambar di bawah:-

1. Coronavirus bukan daripada perkataan قرن Coronavirus dalam bahasa Arab فيروس كورونا. Perkataan قرن tadi bermaksud merangkaikan, memasang, menggabung dan menghubungkan. Dinamakan corona kerana bentuknya seperti crown (mahkota). Angka 19 pula kerana ia muncul pada Disember 2019.

2. Perkataan قف memang bermaksud berhenti yang merupakan فعل الأمر daripada perkataan وقف.

3. Kita faham apa yang dimaksudkan. Bila ditukar Covid-19 ke Qif-19 kita akan selalu mengulangi perkataan ini selagimana virus ini belum berhenti. Ya, perbuatan mengulangi salah satu cara memustajabkan do'a sepertimana hadith di bawah seorang lelaki mengulangi perkataan ya Rabbi.

Nabi sallallāhu 'alayhi wa sallam bersabda:
Maksudnya: "Seorang lelaki yang panjang perjalanannya (musafir), rambutnya acak-acakan dan berdebu, beliau mengangkat tangannya ke langit dan mengatakan : “Ya Rabbi, ya Rabbi.... ” (Riwayat Muslim).

Namun, do'a ada cara dan ada adabnya. Bukan sambil lewa, bukan dengan nasyid Qif-19 yang diulang-ulang di dalam liriknya Qif-19, bukan juga dengan berzikir dengan lafaz Qif-19.

Bahkan do'a itu ibadah yang perlukan sepenuh keyakinan hati serta penghayatan sifat khauf (takutkan ALLAH) dan raja' (pengharapan).

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda :

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ.

Maksudnya: "Berdoalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala , sementara kalian yakin doa kalian dikabulkan. Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan lengah." (Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim).

Jika ada kesilapan, mohon perbetulkan.

Wallahu'alam.


KHAUF ( LIRIK )

keyl?

Dengarkan lapangkan
Bersama bangkit
Kita

Luangkanlah masa
Muhasabah dan bertabah
Cobaan di dunia
Bertabahlah bersama
Jangan kita leka
Hindarilah ini musibah

Dunia kita
Diancam virus corona
Ya Allah
Ya Tuhan
Ya Allah
Ya tuhanku
Sembuh kan lah
Yang dilangit dan dibumi

Dengarkan lapangkan
Bersama bangkit
Mencegahnya

?erell

kau mula datang gemparkan dunia
penyakit datang merebak sini sana
Sekarang tersebar dimana mana
negara kita yang menerima
punca rakyat yang tak dengar kata
Lihatlah sekarang apa dah jadi?
Disebab degil makin menjadi
khayalan berfikir kini realiti
Dunia tuhan semakin tua
sampai tahap dunia dah tawar
Setan dah senyum dajjal pun ketawa
tiada amal untuk penyawar
Kaum adam kaum hawa
Apa dah jadi  kita semua ?
Maksiat kini berluas luasa
Hanya allah yang maha kuasa

rozdyz?
tuhan turunkan musibah di atas muka bumi
masih ramai yang degil tapi tak ingin mati
satu satu yang pergi tanpa temu janji
belum ada penawar untuk penyakit ini
Berharap harap masalah ini  takkan di ulangi

bermula mula daerah wuhan
kini merata rata di malaysia
teguran  tuhan untuk umat  manusia
Selalu leka kerja pada  masa

Kau jangan leka
Jangan meneroka
Kerja tuhan jangan ambil leka
Kau jaga jaga
Kau jaga jaga
Dunia tuhan semakin peka

cai?
Aku cuba kirimkan pesanan
pesanan ini bukan permainan
punca ini dari daerah wuhan
Tiba datang tanpa ada amaran

Penyakit ini  boleh dtg maut
ujian badan positif yang sangkut
Berkorban nyawa banyak dah disebut
kali ni ku jatuh jangan datang sambut


Tags:

About author
Follow my instagram : akiramyname
View all posts